Friday, February 24, 2012

Hasil Jerih Perih

Tanggal 21hb, jam 11 malam aku diberi tahu result exam keluar. Tipu lah kalau aku tak nebes. 

nak cek ke tak.... nak ke tak.... nak ke tak.. ( perasaan biasa, padahal nak tak nak kena cek jugak)

Tipu kalau aku tak mengharap apa-apa. Kalau boleh memang aku nak dean list. siapa yang tak nak. bersusah-susah  habiskan 1 sem yang buat kepala otak naik gila,  nak juga rasa hasilnya

dulunya.....
Sebelum tidur menangis. Bangkit tidur menangis. Mandi menangis. Berjalan ke kereta menangis. Di parkir menangis. Dalam kereta menangis. Memandu menangis. Tiba di kuliah senyum, ketawa, lantang bersyarah bersuara. Tamat kuliah menangis. Duduk di pejabat menangis. Membaca teks menangis. Menaip menangis. Menulis menangis. Merenung timbunan dokumen kerja menangis. Termangu melangut kosong menangis. Berfikir ke luar tingkap menangis. Aku umpama mesin yang berbelah bahagi sama ada mahu jadi robot atau manusia atau empangan yang harus menahan dari menangis.-wA

Habis berkira-kira dengan jari, aku bukak student portal uitm.Jangan menangis lagi sudahlah. aku redha  je kali ni.


loding..........................................


Grade : At
Result : LU
GPA : 4.00


DEAN LIST!!

Syukr Alhamdullih.. semua yang baik itu dari Allah swt. aku hanya berusaha, selebihnya Dia yang tentukan.
Untuk akhirnya aku nak ucap ribuan terima kasih kepada semua pemberi semangat. Terima kasih kepada kekuatan yang aku pegang selama ini untuk terus terima liku hidup. 


“Jangan cepat lupa diri,  tak ada apa yang kekal,” kata Abah.
Dan aku fikir, betul, tak ada apa yang kekal. 
Tidak kawan, tidak keluarga. Tiada harta, Tiada nama.
Tak ada apa yang kekal.

No comments:

Post a Comment