Tuesday, July 26, 2011

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

salam semua! hari ni saya dapat perutusan dari putera di istana. bahawasanya baginda ingin membuat satu contest dan akan memberi habuan kepada sesiapa yang dapat menarik hati putera. jadi bagi sesiapa yang ingin menyertai contest ini, silalah klik link ini....






Hadiah !!!
Setiap Kategori akan mempunyai 3 pemenang :

Tempat Pertama : RM50 + Barang Sponsor
Tempat Kedua : Hadiah Misteri Dari Sponsor
Tempat Ketiga : Barangan


kategori:
3 ) Gambar Ketika Melancong

Melancong sering diertikan dengan berkunjung ke sesuatu tempat untuk melawat tempat indah-indah, membeli-belah, menginap di hotel mewah-mewah, makan sedap-sedap, bak kata orang semua yang menggunakan kata gandalah.

Pengertian ini terbuku di dalam minda kebanyakan orang kita sehingga membataskan mereka untuk keluar melihat dunia. Jadi, hari ini saya nak tunjukkan yang kita juga boleh melancong walaupun dengan buget yang ciput. tak payah nak malu-malu. Malaysia ni semua indah!! tak pecaya? jom saya bawak awak jalan-jalan!!





kampung tepi sungai, kuala muda kedah
mbil pakej homestay seorang RM20. siap makan 4 kali sehari dan juga tempat tinggal. memang berbaloi. dengan keramahan penduduk kampung dan aktiviti-aktiviti yang menarik.awak bayarlah mahalmana pun, memang tak dapat di tempat lain. suasana kampung yang sungguh harmoni.



Ini gambar di tugu peringatan tsunami. kampung ni dulu penah dilanda tsunami dan hampir kesemua rumah-rumah hancur di pukul ombak. jadi sebagai peringatan, sampan-sampan atau bot- bot yang rosak di hanyut tsunami di kumpul dan di bina seperti tugu dengan kerja sama orang-orang kampung. emm.. unik kan..


ini pula aktiviti petang di kampung tepi sungai. iaitu mengutip Kepah. sebelum tu terpaksalah mengharung air selut untuk ketengah laut.. kepah ni tak suka duduk tepi-tepi. jadi saya dan kawan-kawan yang lain dengan bersungguh mengharung selut yang agak dalam tetapi seronok dapat mendengar jeritan sorang-sorang yang pertama kali

inilah cara-cara untuk mengutip Kepah. awak kena duduk dan meraba-rabakan tgn masok kedalam pasir laut. cari sampai terasa. bila dapat satu memang sangat-sangat jakun. macam jumpa harta karun. tapi kalau awak datang, jaga-jaga jangan tersalah rapa pule.. ahak! :P


ini pule gambar nak buget hebat tunjuk hasil tangkapan Kepah. sekian! haha


bila hari dah naik gelap, matahari dah turun bersilih bulan, maka itulah petanda kita kena pulang ke rumah ye anak-anak. nanti air pasang lemas pule sorang-sorang. masa tu Kepah pun dah susah nak jumpe.



ini antara gambar diwaktu magrib yang sangat saya suka. tak silap ini hari terakhir sebelum kami berangkat pulang. masing-masing pakat tangkap kepah banyak-banyak nak menunjuk dekat orang K.L, perangai.. kalah budak-budak!.

pandangan tenang diwaktu magrib. patutlah orang kata "kampung itu syurga" subhanallah..



rindu!


Ini di malam hari, ada buat bbq . bakar la segala seafood yang ada. dan ini gambar-gambar kreatif kami menggunakan cahaya handphone.


uitm tetap dihati....






Percutian ke Pengkalan Balak , Melaka.
percutian ni sekali lagi bersama rakan-rakan studio saya. selama 3 hari 2 malam. buget RM100 sbb duduk hotel. pantai ini tidak dibenarkan untuk mandi manda, tapi itu tak mematahkan semangat kami untuk bercuti. macam-macam lagi kita boleh buat selain dari pusing-pusing banda melaka dan membeli belah cincalok dan belacan. antaranya....



mula-mula gambar teruja datang ke pantai, lompat-lompat dulu.. hik!


ok, cube teka apa yang sedang dibincang kan?


iyah!! main baling seliper di tepi pantai!!!


sangat susah nak jatuhkan seliper sebab tiada lantonan di pasir.


jaga-jaga cik salmah....


kan! susah nak jatuh!!!


ni pule aktiviti "public art" atau binaan pasir. gigih masing-masing. teka-teka, apa yang cuba kami buat??


rasanya dah nampak skit... tapi kadang-kadang dipukul ombak! benci..benci..benci..


ini bahagian yang paling susah.. bahagian ekor. saya dah penat hanya duduk melihat keindahan tuhan. hik! tara... hasilnya di bawah...buaya darat!!!






Percutian ke Homestay Sungai Sireh, Kuala Selangor. Selangor.
jika ada kelapangan memang saya dan rakan-rakan akan ke tempat-tempat selain berada di shah alam untuk melepaskan stress kerja-kerja studio. kali ni kami tak pergi jauh, hanya ke Kuala selangor, tetapi tak bermakna dekat itu tidak menarik. percutian selama 3 hari 2 malam buget rm50 termasuk makan dan penghinapan.


sebelum ke destinasi, singgah ke bukit melawati. jumpe pule meriam. raya lambat lagi, jadi masing-masing eksen la!


ini jugak di Bukit Melawati. apa lagi kalau tak aktiviti lompatan beramai-ramai!!


ini dah sampai ke Homestay dan ini upacara pembahagian keluarga angkat masing-masing. yang pakai tudung pink tulah mama angkat kami 6 beranak.


antara aktiviti disini ialah ronda-ronda satu kampung dengan menaiki bus mini 80an dan juga kereta api mini.

ini kereta api mini yang di tarik oleh traktor. kalau di tarik lembu, mahu lembuh tu sumpah seranah kami-kami yang ringan ni. weeee~~


lawatan ke bendang. memang jakun jumpe padi. sekian. ha3!


selamat datang ke mana ye... malam-malam pulak ni.


pakai jeket pule tu malam-malam! nak kemane ni.. eh3.. haha

Pengalaman tengok kelip-kelip. tak saya sangka perasaan seram lebih dari seronok. reti atau tidak berengang bukan lagi masalah, tetapi ada benda lain yang harus di seramkan. naik bot senyap-sunyi (enjin pakai bateri) dan gelap gelita.kecut perut saya pikir yg bukan-bukan masa atas bot tu.walaupun pakai life jacket, hati tetap tak tenteram.buatnya timbul plak
al-boya..naya... awal-awal lagi pakcik dayung sampan tu pesan duduk diam-diam, sebab buaya memang berkeliaran. kami terkedu. nak-nak bila bot menghampiri kawasan paya bakau tempat kelip-kelip bergantungan...memangla rasa takjub bila tengok kelip-kelip macam lampu kat pokon krismas tu..tapi habis la ayat-ayat semua saya baca..dalam 30 min bot tu bawak kami ronda sungai tu..dah sampai jeti..legaaa... puas hati dapat tengok..tapi cukup le skali....takut weh


ini pula pengalaman melihat aktiviti-aktiviti kampung. selain dari mengerjakan sawah padi, mereka juga ada membela kambing dan bercucuk tanam. dan ini pula bila tak penah jumpa kambing. aduh. malu..


Dikebun pisang. pisang besar-besar!! teruja sangat!!! berat pulak angkat kereta roda ni. biasanya inilah rutin makcik tuan punye kebun ni.. akan tarik pisang ni sejauh 500m. haih.. gagah btl.






ini adalah salah satu aktiviti yang di sediakan oleh kampung sungai sireh. iaitu kayak di terusan. terusan ini sangat dalam ye. dan awak akan di hanyutkan jika tidak reti mendayung kerana aliran air dari tinggi ke rendah. pengalaman bermain air ni memang sangat-sangat seronok sbb terpaksa berlawan dengan arus sungai.


ini kes terlalu ganas dan niat jahat member-member lain sampai kayak tergolek. geli bila kaki terpijak lumut-lumut dibawah sungai. dapat rasa anak-anak ikan gigit-gigit manja kaki! geliiii


weeeee... aksi lompat memang tak kan tinggal. kami seronok di kampung sungai sirehhh!!







Percutian di gua kota gelangi Pahang.
Percutian ini selama 4 hari 3 malam dan menghinap di resort Tekam. harga rm100. kali ni percutian agak extrem. bg yang tahan lasak tu, ini mmg betul-betul menyeronokkan.


ini laluan ke dalam gua. perasaan sangat seram ketika bergerak takut-takut lipan yang nak buat cross line. jadi hati-hati jika berada di dalam gua.


didalam gua ini terdapat batu kristal yang agak banyak dan saya amat teruja bila dapat menyentuh kristal yang berkilau-kilauan kalah mat kilau.

ni satu lagi kess jakun. tak pernah jumpe keladi yang sebesar nih!! besar kan!!


ini di penghujung gua. keadaan agak gelap dan sangat sejuk. mungkin effect batu-batu.
keindahan ciptaan Tuhan yang tak terkatakan.


bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masok gua.


Dalam sebuah kegiatan outbound, Sepertinya tidak lengkap bila tidak ada Flying fox. Game ini sendiri termasuk dalam kategori High Impact, peralatan yang memadai, safety yang memadai dan juga tenaga operator maupun instruktur yang mempunyai pengalaman yang cukup untuk memainkan games ini. Peralatan yang diperlukan untuk melakukan permainan ini adalah : Carmantel, Sling Baja, Carabiner, Harnes, Pulley, Helm, dll. Cara mainnya sederhana. Setiap peserta training outbound disuruh untuk meluncur dari ketinggian melalui tali/sling yang teah disediakan.


berada di atas pokok tu tun dah cukup gayat. memang pejam mata saja.


inilah saat penghujung. mata ditutup dan mulut tak habis-habis menjerit. sambil teman-teman bersorak. *gegar weh! gempa bumi!* mmg nak makan kaki dorg ni.


aktiviti malam pula saya dan rakan menyambut "earth hour". dengan memadamkan lampu selama 1 jam. Tindakan memadamkan lampu yang tidak diperlukan merupakan langkah mudah yang boleh dilakukan setiap orang, yang dapat memberikan impak positif besar terhadap perubahan iklim. Dengan ini dapat menarik perhatian sekeliling untuk sama-sama sedar akan kepentingan bumi kita. selain menghidupkan lilin, kami bermain game dan menyanyi bersama-sama. pengalaman ini betul-betul memberi impak yang amat mendalam, dalam menghayati makna eart hour itu sendiri.


sibuk memikirkan ayat-ayat dalam game sambung-sambung ayat.





sebenarnya bukan lah saya nak bermengah-mengah dengan pengalaman-pengalaman melancong yang saya ada, cuma untuk memperbetulkan semula tanggapan masyarakat kita yang masih menganggap melancong hanya untuk orang berada.

Saya tidaklah mempunyai ilmu yang luas tentang dunia traveling, masih berjinak-jinak juga sebenarnya. Dunia ini terlalu luas untuk diteroka dan agak mustahil di sepanjang hayat kita untuk menakluk kesemuanya.





Namun dikesempatan yang ada, saya akan cuba berkongsi pengalaman dengan anda tentang dunia pengembaraan saya.

Monday, July 25, 2011

Racun manis

Jangan dipegang dia yang memberi kamu pingat pertama dihatinya kerana nombor sering berubah dan bertambah. jika tidak, satu hari nanti kamu yang akan mengangkat diri kamu ke dalam satu nombor.




p/s: awak dah rasa, awak akan tahu.