Sunday, November 27, 2011

Proses melupakan

Setiap kali aku membuka ia sangat menyakitkan. Jadi aku pilih untuk mengunci ketat-ketat.

ketat

ketat

sampai sendat.

P/s: move on

facebook pelepas tekanan jiwa

kerja-kerja di pejabat yang membebankan dapat di lepaskan dengan adanya kawan-kawan yang selalu memberi sokongan moral. Tuhan, terima kasih kerana mengurniakan meraka-mereka ini. tak pernah sekali tiada  saat-saat diri perlukan semnagat untuk meneruskan sia-sia praktikal ni. tak sabar sangat mahu ketemu kamu-kamu tahun depan! 

"aku rindu korang sangat!!!!!"
mmuahhh..




Friday, November 25, 2011

Sunday, November 20, 2011

hari kebangkitan

"bodoh lah kau ni! otak kau letak mana?"

 kebodohan adalah satu punca untuk  otak kita  lebih berfikir dan berhati-hati dalam sesuatu hal. tapi jika di ulang kebodohan yang sama, ia bererti anda benar-benar bodoh. 

jangan risau. setiap dari kita mungkin pernah melalui zaman kebodohan masing-masing. begitu juga saya.

kita di bodohkan dan kita tahu ia perkara bodoh untuk diteruskan tetapi kita terus bodoh untuk meneruskannya.
sampai satu masa kita terjaga dari kebodohan dan pada masa itu kita memerlukan tongkat untuk bangkit dan terus berjalan ke arah kebenaran. 

Tapi ada masanya juga kebenaran yang kita sangkaan adalah salah satu kebodohan yang kita tidak nampak. dan tanpa kita sedar kita di bodohkan sekali lagi. bukan tidak kita menggunakan otak untuk berfikir cuma mungkin ada lebih yang pandai untuk membodohkan kita lagi.

stuck.

mungkin takdir tuhan untuk menentukan segala apa yang terjadi. sejauh mana kita mencuba untuk keluar dari bayangan kebodohan itu, semakin ia mengikuti. 

jadi sebenarnya kita tidak perlu lari dari segala apa yang telah kita lakukan atau orang lain lakukan terhadap kita. hadap segala kemungkinan. bagi saya sesuatu yang kebiasaan akan menjadikan kita lebih bersikap relex.

memang pahit untuk seseorang budak yang berusia 5 tahun untuk menelan ubat. tetapi ia menjadi kebiasaan untuk mengurangkan kesakitan sehingga dia berusia 25 tahun. apalah sangat panadol active fast tu... 



P/s : cikgu saya pernah bodoh sebelum pandai. semuanya bermula dengan diri kita. berfikiran lebih  positif untuk mendapatkan hasil yang produktif. 




Monday, November 14, 2011

....

Tak tau nak ucap macam mana, tapi selamat hari pertunangan.

P/s: mungkin kerana teringat

Monday, November 7, 2011

Terus terang atau terus rimas?

salam kepada yang membaca.

salam aidiladha jua. jarang saya menulis. selalunya bila ada benda-benda yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata, saya datang sini merepek. - rimas

emm. saya mengalami masalah kerimasan yang melampau dengan seorang lelaki yang baik dan mungkin pada pandangan kawan-kawan saya dia amat baik. 

Tapi hari ini saya telah membuat sedikit stament yang telah mengguris hati dia. bukan sengaja. mungkin disebabkan tekanan kerimasan saya terhadap dia. saya harap dia faham, tapi kalau esok masih lagi merimaskan, mungkin saya harus remove dia di facebook, handphone dan pandangan. 

aduhh.. susah

Nak jaga hati orang, diri sendiri yang tak selesa. maaf kepada seseorang itu. anda tetap kawan yang baik cuma saya perlu ruang saya seperti saya dan kawan-kawan yang lain. 

P/s: Jadi saya harus terus terang atau saya yang akan terus rimas