Sunday, November 20, 2011

hari kebangkitan

"bodoh lah kau ni! otak kau letak mana?"

 kebodohan adalah satu punca untuk  otak kita  lebih berfikir dan berhati-hati dalam sesuatu hal. tapi jika di ulang kebodohan yang sama, ia bererti anda benar-benar bodoh. 

jangan risau. setiap dari kita mungkin pernah melalui zaman kebodohan masing-masing. begitu juga saya.

kita di bodohkan dan kita tahu ia perkara bodoh untuk diteruskan tetapi kita terus bodoh untuk meneruskannya.
sampai satu masa kita terjaga dari kebodohan dan pada masa itu kita memerlukan tongkat untuk bangkit dan terus berjalan ke arah kebenaran. 

Tapi ada masanya juga kebenaran yang kita sangkaan adalah salah satu kebodohan yang kita tidak nampak. dan tanpa kita sedar kita di bodohkan sekali lagi. bukan tidak kita menggunakan otak untuk berfikir cuma mungkin ada lebih yang pandai untuk membodohkan kita lagi.

stuck.

mungkin takdir tuhan untuk menentukan segala apa yang terjadi. sejauh mana kita mencuba untuk keluar dari bayangan kebodohan itu, semakin ia mengikuti. 

jadi sebenarnya kita tidak perlu lari dari segala apa yang telah kita lakukan atau orang lain lakukan terhadap kita. hadap segala kemungkinan. bagi saya sesuatu yang kebiasaan akan menjadikan kita lebih bersikap relex.

memang pahit untuk seseorang budak yang berusia 5 tahun untuk menelan ubat. tetapi ia menjadi kebiasaan untuk mengurangkan kesakitan sehingga dia berusia 25 tahun. apalah sangat panadol active fast tu... 



P/s : cikgu saya pernah bodoh sebelum pandai. semuanya bermula dengan diri kita. berfikiran lebih  positif untuk mendapatkan hasil yang produktif. 




No comments:

Post a Comment