Friday, February 24, 2012

Hasil Jerih Perih

Tanggal 21hb, jam 11 malam aku diberi tahu result exam keluar. Tipu lah kalau aku tak nebes. 

nak cek ke tak.... nak ke tak.... nak ke tak.. ( perasaan biasa, padahal nak tak nak kena cek jugak)

Tipu kalau aku tak mengharap apa-apa. Kalau boleh memang aku nak dean list. siapa yang tak nak. bersusah-susah  habiskan 1 sem yang buat kepala otak naik gila,  nak juga rasa hasilnya

dulunya.....
Sebelum tidur menangis. Bangkit tidur menangis. Mandi menangis. Berjalan ke kereta menangis. Di parkir menangis. Dalam kereta menangis. Memandu menangis. Tiba di kuliah senyum, ketawa, lantang bersyarah bersuara. Tamat kuliah menangis. Duduk di pejabat menangis. Membaca teks menangis. Menaip menangis. Menulis menangis. Merenung timbunan dokumen kerja menangis. Termangu melangut kosong menangis. Berfikir ke luar tingkap menangis. Aku umpama mesin yang berbelah bahagi sama ada mahu jadi robot atau manusia atau empangan yang harus menahan dari menangis.-wA

Habis berkira-kira dengan jari, aku bukak student portal uitm.Jangan menangis lagi sudahlah. aku redha  je kali ni.


loding..........................................


Grade : At
Result : LU
GPA : 4.00


DEAN LIST!!

Syukr Alhamdullih.. semua yang baik itu dari Allah swt. aku hanya berusaha, selebihnya Dia yang tentukan.
Untuk akhirnya aku nak ucap ribuan terima kasih kepada semua pemberi semangat. Terima kasih kepada kekuatan yang aku pegang selama ini untuk terus terima liku hidup. 


“Jangan cepat lupa diri,  tak ada apa yang kekal,” kata Abah.
Dan aku fikir, betul, tak ada apa yang kekal. 
Tidak kawan, tidak keluarga. Tiada harta, Tiada nama.
Tak ada apa yang kekal.

Tuesday, February 21, 2012

Hadiah Untuk Mereka

P/s: Tiada apa yang lebih berharga dari melihat anak-anak yang dibesarkan dengan kedua tapak tangan menerima segulung ijazah. Terima Kasih ibu abah.

Sunday, February 19, 2012

final project Landscape Architecture

Sekarang setiap perbualan bersama rakan-rakan studio semua menjurus kepada final project. Pantang on9 sikit akan kecoh bertanya  pasal final project masing-masing. semua gelabah. yelah ni final sem. 

Tempat duduk sem depan awal-awal aku dah cop. port mesti best, baru feel like home. nampaknya start sem depan memang akan berkampung dekat studio ni. takpelah ni penamat pengajian aku. aku nak all out. buang semua kekusutan dalam otak, aku nak tumpukan betul-betul untuk project. insyaallah..

ini drawing bord sem lepas-lepas. ini la landscape architect buat bagi yang tak mengenal lagi apa itu landscape architecture.kena planning, designing , coloring dan pening...  aku harap dapatlah buat yang terbaik untuk last sem aku di UiTM ni. last ke? aku rasa nak sambung Master pulak lepas ni. #entahbilanakkawen.


Tahu tak aku sangat rindu korang-korang? susah kot sorang-sorang fikir pasal final project ni. tapi aku tahu, korang pun rasa macam aku juga kan? Good Luck ye kawan-kawan. harap-harap kita boleh lakukan yang terbaik walaupun kita tak bersama huuu... balik la k.l cepat...... 

hari semakin mendatang. kalau banyak cakap, tangan tak jalan tak guna juga. aku harap aku akan lebih menghargai masa. jadi masa, jangan takut, saya akan jaga awak baik-baik.. ehek!..

Friday, February 17, 2012

hari untuk first love

orang kata cinta tu datang bila ia pergi.

Mungkin itu satu perasaan. Dulu aku tak tahu mcm mane nak tunjuk sayang. Aku hanya tunjuk dengan perbuatan.  Bila dia kata i love u... ye, aku jawap i love u too. Tapi dalam hati.

Dia selalu persoal sayang aku ke dia.

Dalam hari-hari bersama, aku dan dia sangat gembira, setiap panggilan telipon ada tawa. aku suka dengar dia gelak dengan lawak lawak aku. aku selalu kenakan dia..

u.. i nak kiss 
m u a h h h * aku eja satu persatu
dia letak talipon.

Terlalu sukar aku luahkan. aku sayang dia . Dia seorang.

semakin lama jarak aku dan dia  semakin jauh. aku belajar jauh di pendalaman, dia dibandar. tapi hubungan kami tetap seperti biasa. sms dan call hari hari. dia sangat caring. sangat gentelmen dan  dia lindung aku dari segala masalah. orang yang berani mengaku aku ni gf dia di apa situasi pun.

Mungkin disebabkn kesibukan masing masing aku dan dia terlepas pandang benda yang menyatukan kami. CINTA.

aku mula tidak kisah akan kewujudan dia. Dia pun begitu. masing masing sibuk dengan tugasan. tapi dalam hati hanya ada kau.

tiada sms
tiada call
tiada gelak tawa

satu hari kami putuskan untuk berpisah. mungkin rasa rasa kami  dulu sudah berkurangan dan kami sama sama akui.

aku rela
dia pun lepas.

untuk satu jangka masa, aku dan dia bertemu sebagai kawan. tiada rasa dendam. malah gelak tawa dulu datang kembali.

selama 7 tahun aku dan dia menyulam cinta.

kami  sendiri tidak tahu bila tarikh ulang tahun. setiap kali hari jadi aku, dia sambut bagai itulah hari kami. cincin dan bunga masih rapi aku pegang.

lepas 7 tahun aku dan dia berpisah secara rasmi.

tapi kami tetap berkawan baik. aku terlalu ego untuk menunjuk kesedihan. malah dalam gelak tawa aku katakan  ramai yg mahu mendamping.  padahal aku hanya tunggu kau. tapi aku lupa ego lelaki lagi tinggi. mungkin kau jumpa segala yang terbaik untuk kau.

tahniah.

adakala  dia ajak aku keluar tengok movie dan  kami akan seperti pasangan kekasih yang lain, berpegangan tangan dan gelak ketawa. aku happy. aku bahagia ada dia disamping.

tapi pada suatu hari bila pulang aku terlihat fb in relationship dia dengan orang lain. aku tak marah dia. cuma aku terus menjauh.

jauh
jauh
jauh

sehingga masa paling epik bagi aku bila mana melihat gambar pertunangan.tiada kata yang boleh aku ungkap.
segala kenangan kenangan bersama terflash.

kini selepas beberapa bulan aku masih aku yang dulu. bila ada yang datang mengetuk pintu hati, aku akan bandingkan dengan  kebaikkan dia. sehingga kini aku tak jumpa yang serupa dengan dia.

bodoh.
ye itu aku.

kepada first love,
selamat hari lahir dan semoga bahagia ke anak cucu.

=')

Tuesday, February 7, 2012

Sejarah Kelas Francais

bonjour. je m'appelle myra. je suis malay. j'habite a shah alam.

haaa... ade nampak? itu baru cikit tu. sebenarnya semenjak menjak dah tak ade duduk exam paper, dan dah tak pergi class, rindu pulak nak masuk class.

kawan- kawan aku yang ambil class francais ni  suraya, munirah, liyana,sha, aida, farhana, pai dan angah. semua perempuan youls.. yang best semua satu kepala!! tapi tak semua sangat la.. macam munirah skema skit, tak nak join meniru time pekse.. HAHA..

Dulu aku ambil class ni sebab fikir aku ni student achitecture..banyak  achitect2  asal dari Paris, dan mesti aku akan pegi Paris satu hari nanti. oleh tu aku patut ambil class ni.. semangat ke tidak! HAHA 

last2...

Perkara yang aku tak suka masa masuk class ni:
1. waktu class pukul 4-6. * memang sesuailah untuk aku layan kepala kat atas meja...

2. Madam suka main tanya tanya soalan, tak pun nampak tak concentrate
 je dia tanya. *byk kali kena dan selalunya jawapan aku bagi main tibai.Dia tanya nama awak siapa, aku jawab saya orang Melayu.yang gelak dia sorang je la.. sebab budak-budak class ni bukan paham sangat HAHA.  

3. Kena buat project. berlakon dalam bahasa francais. * kawan kawan aku ramai cakap pronouns aku macam orang jepun.. cet!

4.  Siap ada oral test plak. * puas aku sorok kertas kecik kat tangan..tulis abis semua kat tapak tangan. bila berdiri depan dia, satu ayat tak boleh cakap.

5. Test dan final exam * part ni paling malas sebab kne study benda yang aku paling tak suka. dulu aku rasa 3rd lang ni membebankan sangat. dan jalan penyelesaian snap nota nota dalam hp. dan make sure hp di cass dari malam!




kadang kadang benda yang kita benci tu lah yang meninggalkan kenangan manis untuk kita. 

Monday, February 6, 2012

LIRIK LAGU MASIH PERLU - TASHA MANSHAHAR

Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka

Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku

Mestipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada..

Mesti engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Di saat ku masih lagi
Perlu engkau di sini..

Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu

Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Peluklah diriku
Hangatkan seperti dulu..



P/S: saja post nak nyanyi asik lupa lirik je.. hek enjoi

azam yang serius!!!

ye. seperti tajuk diatas. saya akan memulakan satu azam dalam jangka masa 3 bulan ni.
apakah?

diet!!!!

bila ibu ngan abah sendiri dah tegur badan ni makin  berisi, mula la gelabah.

abah : ira, kenapa nampak berisi sgt skng ni?
Pembela hati : errr...
abah : abah beli teh orang kampung nanti minum, boleh berak kerap skit

*aku hari2 berak kot even x minum teh2 tu

ok, jadi bila dah diri tersentap dengan teguran terus pada titik  oleh abah, saya rasa perlu membuat sesuatu perbahan yang drastik.

and alhamdulillah saya punya kawan yang selalu saport... terima kasih en basit kerana sangat memahami.. kawan sampai akhirat!

Jadi pagi ni saya mulakan hari dengan semangat baru. bangun2 tolong kemas2 rumah kasi berpeluh sikit. after that ibu panggil sarapan ramai ramai

* ibu  masak nasi lemak.

ok kita mulakan diet esok. bye.

Temu dan hilang cinta di tempat itu

kita tersepit dalam suatu ruang kecil.
kau menolak untuk keluar
aku menarik kau kedalam
kau mahu aku selesa di luar
aku mahu bersama kau didalam

ruang yang kecik menjadi besar
kau mengubah tempat duduk
tapi tidak aku.

aku masih di situ
masih seperti dahulu.

ruang yang kecil kini menjadi lebih besar
sehingga muat untuk seorang lagi penghuni

ditempat itu dulu kau pegang tangan aku
ditempat itu juga kau belaikan cintaku
tapi hari ini kau berada ditempat itu bersama teman baru.

aku masih di situ
masih seperti dulu

walau melihat tangan kau pada tangannya
belaian kau yang membelai cintanya
wajah kau yang memandang dia

pandangan itu milik siapa sebenarnya?

dulu kau katakan tangan itu milik aku
dulu kau katakan cinta itu milik aku
dulu kau katakan setiap langkah mengingatkan diri aku

tapi ditempat itu kau pegang tangannya kau lafazkan cinta
ditempat itu kau  petik bintang dan kau berikan pada tangannya

tangan itu sebenarnya milik siapa?
tangan itu sebenarnya milik siapa?

dulu kau petik bulan dan kau berikan pada tangan aku
aku simpan gantung di rumah dan aku katakan hari-hari..

hey bulan, cinta aku hanyalah kepada nya


tapi sekarang tangan kau pada siapa?

hancur hatiku sayang
hancur hati ku melihat kau  disitu
hancur hatiku sayang melihat dia bersama kau
ditempat itu
ditempat kita itu

mengapa?


mengapa di banyak-banyak tempat, ditempat itu?


kisah yang sama
tangan yang sama
janji yang sama
cinta yang sama

semua itu milik siapa?
semua itu milik siapa???

p/s: hati rabak

Sunday, February 5, 2012

Fenomena Tasha Manshahar & Syed Shamim

pagi2 dah pening,
assalamualaikum dan gud moning.

hai mak ceria semacam hari ni nok, bukan ape.. mak nak bagi tau nok-nok sekalian mak dah jatuh cintan.. haaa.. nak kata ape? mak gatal?ha  lantak lah.. 

ehem2.. betulkan tekak..haaaa... hari ni nak share kat u alllss yang i dah minat gila-gila kat sorang retis ni.. eh bukan.. dua orang.. kang nangis plak lagi sorg.. ahaks.. sape? emmm.. chek it out..!!

ini lah mereka itu :::: Tasha Manshahar | syed Shamim :::

haaaa... best ke tidak... kan? best kan..? cuba layan yang ni pule.. dah terjah semua utube si Tasha ni.. amatlah tak  merugikan masa korang untuk mendengar suara beliau walau pun ada yang suruh beliau benti nyanyi baik mengaji je.. itu hal masing-masing. depa tu kalau retis pakai tudung sikit mula lah......wutever..

Ape apa pun Peah Tasha ni memang best suara dia. Rupa pun comel. Alahai.... masih ada yang tak percaya lagi keeee. mai dengar satu lagi vdio dia ni. tutup mulut tu dulu. kang terngaga pule. :P


amacam? nebes tak tengok? haha... Dorg ni  dah macam fenomena dah buat masa 2-3hari ni.. i tgk tak putus putus cik Tasha dan Syed ni dapat sokongan moral dari pendengar dan penglihat youtube. 

Jadi itu sahaja buat masa ni. kalau nak kenal lebih lebih boleh like page cloral studio  korang akan dapat segala up date pasal dia di sana. 

p/s: Nak sangat cik Tasha cover lagu2 Kina Grannis my peberet juge...