Sunday, August 7, 2011

Contest background and posing paling cun

salam! hari ni saya nak join satu contest yang di anjurkan oleh liyana amin dan Akma liyana


mcm biasa syarat-syarat untuk awak turut serta dalam contest ni ialah: 

1. Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menyertai tetapi hendaklah warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia.




2. Anda dikehendaki follow blog dorang,  liyana amin dan akma liyana. serta like fan page ini, click hereWajib!
3. Anda perlu buat entry pasal contest ini dan disertakan dengan gambar yang nak dipertandingkan. Tajuk entry anda sama ada contest background and posing paling cun atau contest bnp paling cunWajib!
4. Letak banner contest ini di sidebar korang. Wajib!
5. Gambar yang dipertandingkan tidak kisah secara individu mahupun beramai-ramai tetapi anda perlu berada di dalam gambar tersebut. Ini bagi mengelakkan kes curi gambar.
6. Gambar yang beraksi lucah automatically akan disingkirkan.
7. Gambar boleh edit tapi background gambar mestilah original. Wajib!
8. Tinggalkan link entry contest anda di ruang komen blog beliau. Wajib!
9. Sila tag kepada 3 blogger lain yang masih aktif dan perlu diberitahu kepada mereka bahawa mereka telah ditag.


senang saja kan? jadi ini gambar saya untuk contest ini, harap-harap ada tuah! 


Gambar ni semasa bercuti di Melaka dengan bebudak class. Masa ni kitaorg khusyuk main baling seliper. waktu pun dah nak magrib. seronok sangat dengan suasana sejuk yang datang dari ombak laut. fikiran tenang  tanpa apa-apa yang mengganggu. kembali ke zaman kanak-kanak, siapa yang tak suka!!

Banyak lagi gambar-gambar yang menarik ketika bercuti di melaka. boleh clik INI untuk melihat.

telah tag :

Dia mati juga akhirnya.


Penah tak awak rasa kehilangan benda yang paling awak sayang? huhu saya sedang meratapi kepedihan ni. (pejam mata tangan di dada dengan aksi yang dramatik sekali) baru-baru ni saya kehilangan cik Nab, setelah baru seminggu kehilangan kucing kesayangan. tanah pun merah lagi, dah hilang cik nab pula.

Amat-amat terasa bila tiap-tiap hari saya bagi makan, bagi kasih dan sayang ni. tup tap tup!! mati mengejut! hishh kalau dapatlah pembunuhnya, mmg aku kerat 8! 

Jadi sempat juga lah dalam pada sedih-sedih tu nak snap gambar-gambar majlis pengkebumian cik nab. alfatihah...









kubur binatang peliharaan saya. =(

Untuk yang baru jinak-jinak nak bela arnab tu, kat sini saya nak share link blog cik kak baju merah 
jaga arnab ni leceh sebenarnya. tapi sekali dah jaga, sayang nak lepas.

P/s: arwah baik sebelum ni.

Friday, August 5, 2011

besar ke lebih besar


salam, tadi saya lihat diri di cermin. omg!!!! tidakkk

ini menunjukkan sintom-sintom kegemokkan! adakah bulan yang mulia ini telah di cemari dengan kegiatan-kegiatan haram sehingga diri ku bukan lagi diriku! huwaa..

sebagai seorang landscape architect, saya memang sudah biasa membina landscape di banggunan-banggunan dan rumah-rumah, tapi pembinaan di organ-organ badan tidak termaktub dalam kerja-kerja seharian dan yang menghairankan lagi, bagaimana semua ini boleh terjadi?!

mengikut analisa yang saya sendiri lakukan keatas organ-organ badan saya, didapati punca utama masalah ini ialah makan yang berlebihan ketika berbuka puasa!

jadi! dengan ini! saya berjanji akan mengurangkan (mengurangkan ye, bukan tak ambil lansung) makan yang berlemak ketika berbuka.



insyaAllah..
mesti buat!

giveaway: THE COLORS OF RAMADHAN!

assalamualaikum. sempena bulan Ramadhan yang mulia ini blog abg eqbal telah mengganjurkan giveaway yang bertemakan
'THE COLORS OF RAMADHAN'
awak hanya perlu mengambil gambar yang bersesuaian dengan tema yang diberikan.

giveaway ini akan berakhir pada 7 ogos, jadi pada sesiapa yang berminat, masih sempat lagi untuk menghantar gambar-gambar menarik awak ke blog abg eqbal ni..

hadiah yang menanti peserta ialah:



1st PRIZE x 2
CASH RM50 + GIFT FROM MAKKAH AL MUKARRAMAH


Bila tiba bulan Ramadhan memang tak lari dengan juadah berbuka puasa. seharian tanpa makanan buat nafsu kita masing-masing menjadi-jadi lagi-lagi bila tiba waktu berbuka. macam-macam ragam dapat diperlihat lebih-lebih lagi jika berbuka secara buffet. segala jenis makanan nak di capai. tapi perlu diingat kan juga, dalam kemeriahan kita menyambut buka puasa, jangan sampai berlebih-lebihan dan membawa kepada sifat kegemaran syaitan iaitu membazir.

wassalam.