Saturday, June 18, 2011

kerja cuti


sepanjang cuti semester ni kerja penuh masa adalah mempertingkatkan lagi ilmu sketchup, auto cad dan kerkytea. adobe? erm, tak payah lah. dah terer! hikhik.

semoga praktikel nanti tak lah sesusah yang diceritakan. harap-harap saya boleh perform the best. insyaAllah.

terima kasih untuk kawan-kawan yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar. sekarang alhamdulillah saya sudah biase menggunakan segala sofware.

Saturday, June 11, 2011

Hazama af9 Artis mee segera?


Sudah lama rasanya tidak mengikuti rancangan akademi fantasia. sesi akhir semasa af5, masa tu jadi pengikut Heliza (HFC). sekarang pula selepas dua musim saya meninggalkan af, terdetik pula untuk menonton, mungkin pengaruh cuti semester yang agak panjang. jadi hari-hari saya ditemani diari dan konsert af9.

Awal rancangan af9, semua pelajar agak normal, tiada yang saya rasa betul-betul menonjol.setelah hari demi hari menunggu perubahan pelajar-pelajar, akhirnya operasi gugur dilancarkan dan Hazama dibawa masuk. dari persembahan pertama beliau, saya sudah mula jatuh hati dengan suara dan perangai hazama di af9.

Minggu demi minggu mengikuti perkembangan hazama, beliau amat mengagumkan. gaya pembawakkan lagu yang tersendiri dan perangai berterus terangnya di dalam diari bukan sahaja boleh membuat saya senang dan sayang, malah ramai di luar sana juga turut menggilai beliau.

Pejam celik esok merupakan konsert akhir af9. harapan saya dan semua fans club hazama agar buat yang terbaik.Tak kisahlah jika selepas keluar af nanti Hazama di cop artis mee segera, tetapi tidak bagi saya. Bila di lihatkan semangat Hazama untuk memperjuangkan dunia muzik dari sebelum menyertai af9 lagi harus dibanggakan. beliau bekerja keras untuk mendapatkan apa yang di ingini.

Pesanan untuk Hazama,"sentiasa bersama kami" apa-apa pun yang jadi pada konsert malam esok, kami tetap sokong awak. Jika pun tangan awak tak dapat memeluk gelaran juara, ingatlah..beribu lagi tangan yang masih berada di belakang awak! saya tak kisah apa yang awak dapat pada malam esok, yang penting buat kami rasa bangga dengan persembahan awak sebab awak sudah juara dihati kami!!

AFUNDI20 HAZAMA dan hantar ke 32999

kaww timmm!!..












Thursday, June 9, 2011

menghitung hari.

Semakin saya menanti, semakin saya rasa gementar dengan masa itu nanti. Mula dari sekarang pun saya sudah buat sedikit persiapan dan harap-harap semuanya berjalan lancar. kak long pun ada kongsi pengalaman pertamanya. saya dengar pun agak gerun, tapi nak tak nak, saya harus hadapinya juga nanti. sekarang saya masih lagi sibuk dengan pemilihan warna yang sesuai untuk dipadankan dengan konsep. Adanya bantuan daripada kak long, semuanya berjalan lancar. terima kasih.

kamu-kamu semua doakan untuk saya ye! harap-harap cuti semester ni dapat saya mempertingkatkan lagi skill agar tak kekok di hari nanti.

amin.

P/S: entri praktikal, bukan kawen ye!



Monday, June 6, 2011

kebiasaan

buka mata
tutup balik
online
offline pulak
makan
makan
makan
makan
zzzz
tido.

ulang langkah ini untuk 3 bulan berikutnya!

Sunday, June 5, 2011

Baru.


Mungkin yang lama terlalu peribadi untuk di kongsi, dan sekarang saya rasa lebih bebas untuk menulis. harap yang baru ini lebih santai dan tidak menegangkan otot2 awak2 yang membaca.

peace.

:)