Saturday, June 11, 2011

Hazama af9 Artis mee segera?


Sudah lama rasanya tidak mengikuti rancangan akademi fantasia. sesi akhir semasa af5, masa tu jadi pengikut Heliza (HFC). sekarang pula selepas dua musim saya meninggalkan af, terdetik pula untuk menonton, mungkin pengaruh cuti semester yang agak panjang. jadi hari-hari saya ditemani diari dan konsert af9.

Awal rancangan af9, semua pelajar agak normal, tiada yang saya rasa betul-betul menonjol.setelah hari demi hari menunggu perubahan pelajar-pelajar, akhirnya operasi gugur dilancarkan dan Hazama dibawa masuk. dari persembahan pertama beliau, saya sudah mula jatuh hati dengan suara dan perangai hazama di af9.

Minggu demi minggu mengikuti perkembangan hazama, beliau amat mengagumkan. gaya pembawakkan lagu yang tersendiri dan perangai berterus terangnya di dalam diari bukan sahaja boleh membuat saya senang dan sayang, malah ramai di luar sana juga turut menggilai beliau.

Pejam celik esok merupakan konsert akhir af9. harapan saya dan semua fans club hazama agar buat yang terbaik.Tak kisahlah jika selepas keluar af nanti Hazama di cop artis mee segera, tetapi tidak bagi saya. Bila di lihatkan semangat Hazama untuk memperjuangkan dunia muzik dari sebelum menyertai af9 lagi harus dibanggakan. beliau bekerja keras untuk mendapatkan apa yang di ingini.

Pesanan untuk Hazama,"sentiasa bersama kami" apa-apa pun yang jadi pada konsert malam esok, kami tetap sokong awak. Jika pun tangan awak tak dapat memeluk gelaran juara, ingatlah..beribu lagi tangan yang masih berada di belakang awak! saya tak kisah apa yang awak dapat pada malam esok, yang penting buat kami rasa bangga dengan persembahan awak sebab awak sudah juara dihati kami!!

AFUNDI20 HAZAMA dan hantar ke 32999

kaww timmm!!..












No comments:

Post a Comment