Sunday, February 19, 2012

final project Landscape Architecture

Sekarang setiap perbualan bersama rakan-rakan studio semua menjurus kepada final project. Pantang on9 sikit akan kecoh bertanya  pasal final project masing-masing. semua gelabah. yelah ni final sem. 

Tempat duduk sem depan awal-awal aku dah cop. port mesti best, baru feel like home. nampaknya start sem depan memang akan berkampung dekat studio ni. takpelah ni penamat pengajian aku. aku nak all out. buang semua kekusutan dalam otak, aku nak tumpukan betul-betul untuk project. insyaallah..

ini drawing bord sem lepas-lepas. ini la landscape architect buat bagi yang tak mengenal lagi apa itu landscape architecture.kena planning, designing , coloring dan pening...  aku harap dapatlah buat yang terbaik untuk last sem aku di UiTM ni. last ke? aku rasa nak sambung Master pulak lepas ni. #entahbilanakkawen.


Tahu tak aku sangat rindu korang-korang? susah kot sorang-sorang fikir pasal final project ni. tapi aku tahu, korang pun rasa macam aku juga kan? Good Luck ye kawan-kawan. harap-harap kita boleh lakukan yang terbaik walaupun kita tak bersama huuu... balik la k.l cepat...... 

hari semakin mendatang. kalau banyak cakap, tangan tak jalan tak guna juga. aku harap aku akan lebih menghargai masa. jadi masa, jangan takut, saya akan jaga awak baik-baik.. ehek!..

No comments:

Post a Comment