Friday, February 17, 2012

hari untuk first love

orang kata cinta tu datang bila ia pergi.

Mungkin itu satu perasaan. Dulu aku tak tahu mcm mane nak tunjuk sayang. Aku hanya tunjuk dengan perbuatan.  Bila dia kata i love u... ye, aku jawap i love u too. Tapi dalam hati.

Dia selalu persoal sayang aku ke dia.

Dalam hari-hari bersama, aku dan dia sangat gembira, setiap panggilan telipon ada tawa. aku suka dengar dia gelak dengan lawak lawak aku. aku selalu kenakan dia..

u.. i nak kiss 
m u a h h h * aku eja satu persatu
dia letak talipon.

Terlalu sukar aku luahkan. aku sayang dia . Dia seorang.

semakin lama jarak aku dan dia  semakin jauh. aku belajar jauh di pendalaman, dia dibandar. tapi hubungan kami tetap seperti biasa. sms dan call hari hari. dia sangat caring. sangat gentelmen dan  dia lindung aku dari segala masalah. orang yang berani mengaku aku ni gf dia di apa situasi pun.

Mungkin disebabkn kesibukan masing masing aku dan dia terlepas pandang benda yang menyatukan kami. CINTA.

aku mula tidak kisah akan kewujudan dia. Dia pun begitu. masing masing sibuk dengan tugasan. tapi dalam hati hanya ada kau.

tiada sms
tiada call
tiada gelak tawa

satu hari kami putuskan untuk berpisah. mungkin rasa rasa kami  dulu sudah berkurangan dan kami sama sama akui.

aku rela
dia pun lepas.

untuk satu jangka masa, aku dan dia bertemu sebagai kawan. tiada rasa dendam. malah gelak tawa dulu datang kembali.

selama 7 tahun aku dan dia menyulam cinta.

kami  sendiri tidak tahu bila tarikh ulang tahun. setiap kali hari jadi aku, dia sambut bagai itulah hari kami. cincin dan bunga masih rapi aku pegang.

lepas 7 tahun aku dan dia berpisah secara rasmi.

tapi kami tetap berkawan baik. aku terlalu ego untuk menunjuk kesedihan. malah dalam gelak tawa aku katakan  ramai yg mahu mendamping.  padahal aku hanya tunggu kau. tapi aku lupa ego lelaki lagi tinggi. mungkin kau jumpa segala yang terbaik untuk kau.

tahniah.

adakala  dia ajak aku keluar tengok movie dan  kami akan seperti pasangan kekasih yang lain, berpegangan tangan dan gelak ketawa. aku happy. aku bahagia ada dia disamping.

tapi pada suatu hari bila pulang aku terlihat fb in relationship dia dengan orang lain. aku tak marah dia. cuma aku terus menjauh.

jauh
jauh
jauh

sehingga masa paling epik bagi aku bila mana melihat gambar pertunangan.tiada kata yang boleh aku ungkap.
segala kenangan kenangan bersama terflash.

kini selepas beberapa bulan aku masih aku yang dulu. bila ada yang datang mengetuk pintu hati, aku akan bandingkan dengan  kebaikkan dia. sehingga kini aku tak jumpa yang serupa dengan dia.

bodoh.
ye itu aku.

kepada first love,
selamat hari lahir dan semoga bahagia ke anak cucu.

=')

No comments:

Post a Comment