Friday, July 15, 2011

Graf kehidupan.


untuk kita hidup dan terus hidup, kita mesti pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. jika perlu memberi sebelah tangan, beri-lah.. awak tak akan rugi apa-apa. apabila diadu dengan masalah, beri pelukan dan penerima pula jangan lupa dengan ucapan terima kasih.

hidup kita akan mula dari bawah dan meningkat ke atas. tetapi tak mustahil juga akan berhenti di tengah-tengah malah jatuh dan mula dari bawah kembali. jadi ingatlah dimana kita berada kerana kita hidup dalam satu graf kehidupan. jangan salahkan orang lain untuk tidak berkawan jika kita sendiri tidak belajar untuk memberikan senyuman


No comments:

Post a Comment