Friday, December 2, 2011

Bukan kerana cerita Khairul Fahmi

salam jumaat.

kebelakangan ni saya lihat ramai betul masyarakat kita yang menjadi begitu prihtin. Prihatin dengan nasib pasukan Harimau Malaya, prihatin dengan isu Khairul Fahmi, prihatin dengan masa depan Nazmi. Prihatin yang  melampau-lampau sampai kan saya terfikir begitu sempit dan kecilnya otak mereka kerana hanya memperkatakan tentang isu ini sampai ke hari ini gara-gara kekalahan perlawanan kelayakan olympik.

Bukan saya nak menyokong hal-hal peribadi mereka dan bukan juga saya salah satu peminat mereka. saya bercakap secara sedar, secara optimis. Setiap orang punya masa-masa bodoh, awak  dan awak juga ada, cumanya kita bukan biasa masok dalam tv dan surat kabar. Siapa pulak yang nak selak kain baju awak, yedok?

Cuba paham perasaan orang lain. kalau jadi dekat orang terdekat kita,  atau diri kita sendiri. cuba fikir.

Kalau awak jenis tak paham juga,masih nak menuding jari di muka mereka,  Cuba pandang  dan renung mata mereka, tenung betul-betul. Lihat dalam bola mata mereka, apa yang awak Nampak.

Diri awak sendiri. Itu yang awak nampak


4 comments:

  1. haha memang betul sgt. nak betulkan orang lain, diri sendiri tak terbetul. manusia ni nak org lain perfect je kan tp....hemmm

    ReplyDelete
  2. betul betul.. biasalah manusia.. mcm2 perangai.. huhu

    ReplyDelete