Thursday, July 21, 2011

Baget artis sangat ni!

sekarang ni saya semakin meluat dengan perangai sesetengah orang yang buget glamer lebih dari artis. Sebab awak penah jumpa artis yang tu, awak dah dikira rapat macam adik beradik ke? awak dah dianggap glamer macam artis tu?

dalam satu komuniti juga contohnye fans club, biase terjadi benda-benda macam ni. jkkkk(admin) fans club biasanya akan belagak macam dah membesar dari kecik dengan artis kesayangan. sampai orang lain meluat. tunjuk lagak. kalau dalam fans club tu semua status pasal personal life dia. ait? siapa punya fans page sekarang ni?

FB sendiri bukan tak ada. nak jugak post tadi deman ke, esok tak nak pergi keje ke, kan? semak betul. saya tabik spring toink toink dengan fans page rock star FaizalTahir yang sangat profesional. peminat pun tak ada lah yang bergaduh sana sini sebab jkkk yang buget.774,238fans tak ada masalah nak dibandingkan dengan 4-5 ribu fans yang selalu nak berperang.malu.

hoi..hoi.. awak semua baik BERSIHkan diri masing-masing. artis awak sokong baru nak naik. jangan ramai orang blah sebab meluat dengan perangai awak.

jadi sekarang saya dan kawan-kawan dah malas nak join fans club artis berkenaan. biarlah kami sokong dari jauh dan kalau pergi show kami datang sebagai individu dan peminat bukan fans club yang diluar gah tapi dalam kelompoknya berberantakan.

saya bukan menuding kepada satu-satu fans club dan bukan satu tapi dah banyak fans club saya masok. rata-rata begini lah. bila semua terlalu obses dengan artis, sampai kita tak nampak tugas awak sebagai ketua. awak ketua @admin, awak tak patut memasukkan isu-isu personal. awak harus jadi neutral, bukan membangkitkan lagi kemarahan orang.

saya tak terlibat dengan mana-mana pertelagahan, tetapi saya memerhati apa yang berlaku disekeliling. orang lain juga punya hak untuk memperkatakan tentang artis kesayangan, jangan dihalang apa-apa yang hendak diperkatakan walaupun hanya untuk menjaga hati artis tersebut. kadang-kadang mereka hendak tahu walaupun seleceh mana pun pasal artis mereka. awak sebagai perantaraan artis dan peminat, harap faham ape peminat rasa.

betul saya sedih lihat ade sesetengah peminat yang tak dapat menyuarakan apa yang dirasa semata-mata jkkk mahu menjaga nama baik artis. dia artis. hidup mmg untuk di kongsi.dan artis tersebut juga tidak teragak-agak memberi tahu segala-gala termasuk isu personal, kenapa awak yang hanya sebagai admin fans club nak menghalang peminat-peminatnya dari untuk memperkataan apa-apa yang dirasakan mereka berhak untuk tahu.

kalau awak terbaca entri ini dan terasa, mungkin awak terlampau rakus untuk tidak mambaca blog description saya.

"kuat memerli, tak puas hati, sila keluar dari sini"


p/s: pstt.. ada soalan, ada ke istilah fans club dan admin fake? baik tengok semula apa maksud fake! baget artis sangat ni.

6 comments: