Monday, September 17, 2012

Jatuh bangun seorang perempuan

Hari ini aku berdiri sebagai lilin yang akan membakar diri menerangi orang-orang yang disayangi. ibu, abah, dan adik beradik. selepas apa yang terjadi selama 7 tahun, sebenarnya aku hanya membuang masa menunggu benda yang memang tak akan menjadi.

sekarang, aku macam baby yang baru lahir belajar untuk melangkah ke jendela. aku dah lama matikan hati ini untuk sebarang bentuk kezaliman yang bernama cinta. yang membunuh semua kehidupan aku selama ini.

aku semakin bahagia disamping keluarga dan kerjaya. bagi aku biarlah kebodohan-kebodohan yang lampau aku tanam dan campak jauh-jauh. sekarang aku cik idora yang baru. cik idora yang x kan menyerah kalah untuk kehidupan.

kepada si musuh, si penikam belakang dan si cakap-cakap belakang, sekarang kamu boleh berhenti menjalankan tugas, kerana tak ada apa lagi yang perlu kau cakapkan. hari ini mari kita berkawan dan hidup aman.

aku semakin bersemangat melalui liku kehidupan yang baru ini. semoga Tuhan merestui, dan terus memberi rezeki yang berlimpah-limpahan untuk aku berkongsi bersama yang tersayang.

Ada yang menyuruh aku lupakan kehidupan yang lampau, tapi tidak bg aku. Aku x kan buang segala post-post lama yang menunjukkan kebodohan aku, biarkan disitu untuk aku lihat sedikit kebodohan yang penah aku lakukan dan hendaknya aku tidak akan mengulangi lagi.

semoga jalan-jalan aku seterusnya semakin lurus untuk bertemuMu  Ya-Allah. ameen..




No comments:

Post a Comment